Hari ini saya nak bercerita mengenai kaedah tanaman dalam pasu..tak kiralah pasu plastik ke..pasu tembikar ke..asalkan dalam pasu. Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya dan masih was² tentang keberhasilan menanam pokok buah²an didalam pasu.Betul ke?..crita karut ke? fantasi ke? Hingga ada satu hari saya ke kedai nursery di Semabok Melaka untuk membeli pasu plastik (Saya suka beli jenama Baba sbb tahan lasak dan Biodegradable). Tokeh kedai tanya saya kenapa saya beli pasu plastik besar dan saya kata saya nak tanam pokok longan. Dengan muka confuse dia tanya boleh ke? Dan saya dok le bercerita tentang kaedah tanaman yang saya baru belajar dengan tidak menggunakan tanah sepenuhnya kerana mediumnya hanya 10-15% aje tanah compost dicampur dengan sekam padi bakar dan cocopeat sebagai medium utama. Dengan muka tercengang dia terleka tgk saya bercerita dan hampir 15 minit saya habis utk lecture dia tentang tanam poko buah dalam pasu.
Kaedah Dripping System
Tanaman dalam pasu menggunakan dripping system sebagai kaedah siraman utama kerana utk menghasilkan pokok yang baik, kita kena jaga makan dan minumnya. Apatah lagi apabila ditanam ditempat yang terhad macam dalam pasu. Jadi kaedah siraman berkala diperlukan kerana air yang mencukupi penting untuk tumbesaran lebih² lagi pokok masih kecil. Kat sini ramai orang yang failed untuk memastikan siraman air itu mencukupi. Ada customer yang saya jumpa yang Tanam, Tinggal dan ... (bukan Tuai- macam konsep hydroponik iaitu 3T) tapi Termenung!Ahaks! Tetiba tgk balik pokok dah tinggal batang aje. Okey macam saya yang ada dripping system (sbb saya sekalikan dengan pipeline terung saya saya tap dari system tu. 5 kali sehari 10minutes (50 minutes sehari yang akan menghasilkan 1 liter siraman air sehari (lebihkurang).
Pokok Longan Berlian saya yang baru 2 bulan dalam pasu. Mula² beli cuma ada satu dahan aje.
Dua lagi pokok Longan Berlian yang ditanam ditepi rumah. Bila dah ada bunga kelak..sedia utk dijual (InsyaaAllah)
Ni pokok limau madu, masih kecil lagi tetapi dah dua kali tumbuh tunas baru (Alhamdulillah)
Campuran Medium
Antara Medium yang digunakan adalah Sekam Padi Bakar (yang kaya dengan silika), cocopeat (sabut kelapa yang telah diproses) dan tanah compost (old soil). Oh tak lupa baja organik! Campuran medium sekam padi, cocopeat (dan sedikit kapur pertanian- tujuannya untuk memulihkan medium yang telah dicampur dan juga kaya dengan kalsium) Nisbah cocopeat: sekam padi bakar:tanah compost adalah 1:3:1.
Sediakan pasu yang agak besar sesuai dengan pokok buah tersebut (kalau boleh senang diangkat kalau guna pasu tanah liat puh! nak angkat satu hal!Ahaks!
Untuk pengetahuan pembaca kalau guna medium campuran ni taklah seberat kalau kita guna medium tanah 100%. Mula² masukan satu lapisan campuran medium lebihkurang 2inch. Lepas tu masukkan 1/2kilo baja organik dan selebihnya adalah lapisan campuran medium sehingga penuh. Buatkan lubang untuk anak pokok dimasukkan kedalam pasu dan apabila menanam anak pokok tadi, pastikan level tanah anak pokok selaras dengan medium tadi.Tujuan baja organik diletakkan dibawah lapisan adalah sebagai makanan booster kepada pokok apabila ianya telah "hampir² dewasa". Untuk pembajaan mingguan bolehlah guna baja grower NPK 12:12:12. Jangan guna yang tinggi lagi cam 15:15:15. Naya pokok dik! Ada yang guna NPK 15:15:17 +TE lagi. Itu baja Fruit Inducer!Kesian budak kecik disuruh kawen!Ahaks!
Mari kita tengok contoh pokok buah² an yang ditanam didalam pasu
Pokok ciku, comel tak kak tonnn!Ahaks!
Kedondong yang sedang berbunga.
Longan Pingpong. Jenis longan ni memang yang suka dan cepat berbuah.
Buah delima mekar, sedang berbuah
Limau nipis lagi.
Pokok jambu air, pun berbuah juga bila ditanam dengan kaedah ni.
Ok, kelebihan tanam dalam pasu ni adalah (1) ianya portable (kalau ada majlis kenduri kawen, pegi letak kat belakang rumah dulu lepas habis majlis letak balik tempatnya.(2). Bebas dari penyakit tanah kerana medium yang digunakan adalah bebas dari serangan kulat tanah (potensi pembesaran dengan sihat). (3). Kadar pembajaan dan pengairan yang terkawal (maksudnya kadar pengambilan baja yang tetap sebab kalau di tanam diatas tanah, baja di share dengan rumput dan lalang. (4). Penyelesaian kepada pencinta tanaman yang kadang² beli rumah dapat tanah yang berbatu-batu hinggakan nak korek tanah pun patah mata cangkulnya. (5) Penyelesaian kepada pencinta tanaman tetapi pembenci rumput-rampai. Jadi habis tanah kosong disimennya. Kalau dah simen mana nak tanam pokok? Betul? (6) Bebas dari serangan rumput dan lalang. Korang bayangkanlah kalau tanam atas tanah, agak² rumput tu berapa kerap nak kena cabut? (7) And last but not least, bagi pencinta tanaman pokok yang "rajinnnnn sangattt" nak siram hari² , inilah penyelesaian yang kaedah ini boleh offer. Terus sambung ke paip air utama dan air akan disiram menggunakan timer!Tugas hangpa bayar bil aje tiap² bulan..Ahaks!
Kalau ada advantage mesti ada disadvantage kan? (1) Of course lah initial cost dia tinggi tapi takdelah sampai korang nak kena jual kereta utk dapatkan kaedah ni.Bak kata pepatah orang putih "Alah membeli, menang memakai!" tak gitu?. Utk free quotation dan consultation, call saya aje 012-6950809. InsyaaAllah saya sedia membantu!. (2). Takut terjadi overfertilise (overdose), santak makan! so penjagaan dalam masa anak pokok perlukan ketelitian kena belek hari² anak pokok tu tgk terlebih lantak tak. Kalau korang terlebih lantak kena "senduuk" lah!Ahaks!
Okey rasanya perkongsian kita hari ini. Saya dah ngantuk gila sebab tadi siang sibuk jual terung..Terung!Terung! sekilo 2 ringgit!JazakallahuKhairankathiran - Rizal-
Salam tuan pokok durian belanda berapa lama boleh jadi mcm dlm gambar tu ek..
ReplyDeletesy minat utk cuba2 belajar.. sebab belakang rumah ada ruang utk tanam 4 - 5 pokok.. tp cuma tak tau mcm mana nk mula ajer.. harap boleh share tips utk beginner..
ReplyDeleteAssalam, boleh tak share cara penanaman pokok buah2an dlm pasu? Sy berminat. Ni email sy noraini.bahrom@gmail.com
ReplyDeleteAssalamulaikum, saya berminat kaedah ini untuk mengisi masa lapang sebagai pesara dari duduk diam RTM ( Rehat Tunggu Mati), Boleh tak tuan buka Whatsapp group untuk peminat kaedah ini supaya senang kita bertanya dan minta khidmat nasihat siap bergambar. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteAssalamulaikum, saya berminat kaedah ini untuk mengisi masa lapang sebagai pesara dari duduk diam RTM ( Rehat Tunggu Mati), Boleh tak tuan buka Whatsapp group untuk peminat kaedah ini supaya senang kita bertanya dan minta khidmat nasihat siap bergambar. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteTERIMA KASIH DI ATAS PERKONGSIAN ILMU BARU TERSEBUT.... BERMANFAAT... :)
ReplyDeleteIlmu yg bermanfaat. Sy juga pecinta tanamam buah2an dalam pasu. Tksh.
ReplyDeleteIlmu yg bermanfaat. Sy juga pecinta tanamam buah2an dalam pasu. Tksh.
ReplyDeleteIlmu yg bermenafaat
ReplyDeleteasalm pokok belimbing pernah berbuah selepas tu cuma berbunga shj tidak keluar buah lagi
ReplyDeleteasalm pokok belimbing pernah berbuah selepas tu cuma berbunga shj tidak keluar buah lagi
ReplyDeleteWah..best lh ..andai ada group whatsapp saya berminat mau masuk
ReplyDeletethanks,sangat bermanfaat skli.
ReplyDeleteSaya juga peminat tanaman dlm pasu... maklum jika ada group wassp...boleh kongsi info.
ReplyDeleteSy tanam dalam pasu segar pokok limau nipis tpi xberbuah lg kenapa yer..
ReplyDeleteboleh tak bagi tips tanam biji benih durian belanda dalam pasu
ReplyDeleteSaya juga hobi tanam pokok, tapi tanam dalam pasu atas kayangan.. haha... Alhamdulillah saya juga guna medium yang sama Tanah Hitam + CocoPeat + Sekam Padi Bakar dengan nisbah % 50/30/25.. Nak tanya tuan, ok dak nisbah saya tu.. so far benih Sayur saya germinate well.. saya minat tanam herb & spice & sayur2an.. sebagai hobi atas kayangan dengan laman yg sangat terhad... Mohon pencerahan dan perkongsian ilmu tuan..
ReplyDeletetuan, mana nak beli pasu plastik besar ye
ReplyDeletePokok durian king boleh tanam dlm.pasu jgk ke..mohon pencerahan
ReplyDeletedah tiada laman nak tanam buah, dah habis tanam pokok ulam sbb duduk taman, rmh tengah
ReplyDeleteHow to get to Vegas casino site in under two minutes
ReplyDeleteThe Las Vegas Strip is the world's biggest gambling city with more than a dozen hotels, casinos, and resorts all vying luckyclub.live for your attention.