Monday 22 July 2013

Selamat Datang.. Semoga Mendapat keberkatan Ramadhan 1434H



Assalamualaikum Adik², Kakak², Abg² dan Sifu²

Seandainya tidak kerana IzinNya, tiadalah saya disini!
 
Terimakasih kerana sudi menjengah laman yang tidak seberapa ini. Diharap laman ini dapat memberi panduan kepada anda mengenai cara dan teknologi tanaman sayur²an dan buah²an yang saya praktikkan. Selain dapat berkongsi idea bersama-sama serta dapat menimbulkan minat bercucuk tanam dikalangan pembaca. InsyaAllah, bukan wang ringgit yang saya harapkan dalam memberi tunjuk ajar dengan ilmu yang tidak seberapa ini kerana sesungguhnya ibadah itu telah menjadi keutamaan dan niat asal saya mewujudkan laman ini. Kepada pembaca, saya hanya petani yang kerdil dan harapan saya kepada ilmu yang tidak seberapa ini dapat dikongsikan bersama.  Kepada otai² dan sifu² yang menjengah laman ini, tolonglah memberi tunjuk ajar yang terbaik buat saya kerana tanpa sumbangan kalian apalah yang tinggal utk laman ini. Penghargaan yang tidak terhingga kepada wife- Wahidah dan anak² yang sentiasa memberikan sokongan moral samada secara lansung ataupun tidak. Tidak lupa juga kepada staff Gemilang Agroland Bukit Katil Melaka (Bang Mat dan Kak Ros) yang memberikan tunjuk ajar secara berterusan semoga ilmu yang dicurahkan akan memberikan keberkatan kepada kita semua.
Akhir sekali saya berdoa kepada Allah semoga sinar Ramadhan 1434H ini akan sentiasa memberikan keberkatan dan hasil yang diredhai...InsyaAllah. Jazakallahu Khairan Kathiran. Ramadhan Mubarok!
-Kayos-Rayos-