Dalam kehidupan seharian terutamanya apabila memasak..ada banyak barang buangan dari aktiviti memasak sebagai contoh kulit udang, kepala udang,perut ikan, kulit sayur (bawang, carrot, kobis), batang sawi yang tang keras tu, batang bayam, kulit telur dan banyak lagilah..sampai tak tersenarai kat sini. Punya banyak barang buangan tu sampai kenkadang seplastik lebihnya! Usah dibuang sebab semuanya berguna..bukan kepada kita tetapi kepada tumbuh²an. Allah ciptakan sesuatu itu tidak sia² sebab itulah kita kena sentiasa manafaatkan dari bahan buangan tersebut.
Kalau yg dalam fridge tu dah lunyai cam sayur yang saya simpan ni..potong² kecik² kalau boleh campur dan gaulkan.
pastu letak kat pangkal pokok..baja organik tu..yang pentingnya, jangan dibuang!
FISH AMINO ACID (FAA)
Anda boleh baca link ini http://www.revolusitani.com/fish-amino-acid-faa. Tak payah saya nak taipkan kat sini sama je dokumen dan cara pembuatannya. Cuma saya nak share end-result dia.
Ni hasilnya setelah menjalani proses penguraian selama sebulan. Tanpa bau ikan dan wangi!
Sebelum dibotolkan, tapis dahulu bahan² yang masih belum terurai..biasanya kepala udang memang lambat sikit terurai.
Botolkan untuk kegunaan harian
Yang ni baru buat kena tunggu lagi sebulan baru boleh guna.
Enzim Sampah
Ni bukan sampah yg kita buang dalam plastik hitam dan pagi² tu ada orang kutip..ni maksudnya sampah dari bahan buangan masakan yang saya ceritakan dari awal tadi.
Kredit utk Abg Mad dari 1Malaysia Fertigation Group (1MFG)
Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia didapati berjaya merungkaikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan seterusnya menjernihkan airnya.
Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk. Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.
Dengan menggunakan bahan buangan ini mudah ditemui di dapur, anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya. Tukarkan ia kepada enzim dan anda dapat merawat dunia,” ujar seorang pengamal perubatan alternatif homeopati, Dr. Joean Oon.
Ilmu yang dipelajari daripada seorang pensyarah dan doktor dalam perubatan alternatif di Thailand, Dr. Rosukon Poompanvong, ini mula mendapat perhatian dan kini memperoleh permintaan sehingga ke beberapa negara di rantau Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Testimonial:
“Pokok naga di sebuah ladang di Seremban yang disembur enzim sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengeluarkan sehingga 40 biji buah dari sebatang pokok, sedangkan pokok naga pekebun lain hanya dapat mengeluarkan maksimum 10 biji. Perbezaannya ialah empat kali ganda.
“Seorang wanita yang mempunyai 60 pasu pokok bunga orkid pernah merungut pokok yang ditanam sukar untuk berbunga, tetapi selepas menyembur enzim yang dihasilkan sendiri, bunga berkembang sehingga 60 peratus lebih banyak tanpa bantuan baja herbisid,” kongsi Joean tentang kebaikan enzim kepada bidang agro.
Tidak melibatkan kos yang besar, enzim yang dihasilkan hanya memerlukan apa yang ada di dapur anda. Perapkan bersama gula perang, sisa makanan dan air pada nisbah 1: 3: 10 dalam bekas tertutup dan tunggu selepas tiga bulan.
Penggunaan sebagai foliar 1:20, siraman 1:50
Rupanya camni..saya dah buat banyak..kalau nak roger saya..apa salah kalau kita berkongsi ye...:)
No comments:
Post a Comment