Assalamualaikum Para Pembaca Budiman.
Dewasa ini sering sangat kita dihidangkan dengan berita atau artikel tentang kanser, sakit jantung, sakit buah pinggang dan entah apa 1000 macam penyakit kronik yang lain. Ianya amat menggerunkan dan salah satu sebab utama terjadinya atau punca penyakit ini akibat dari pemakanan. Adakah kita sedar bahawa kita sekarang ini dikelilingi dengan TOKSIK.
Saya ingin berkongsi tentang apa yang toksik ini boleh memudaratkan diri kita ini. Mengikut artikel dari sumber http://www.hmetro.com.my/articles/Toksikpuncapenyakithati/Article/ ini menyatakan punca penyakit hati adalah disebabkan TOKSIK. Memang benar! Hati adalah organ yang meneutralkan toksik yang masuk kedalam badan manusia. So hati² apabila memakan hati dalaman haiwan..satay hati, hati goreng..puhh memang sedap tu! Salah satu organ yang juga bertindak sebagai penyaring toksik adalah buah pinggang. Jadi amat nyatalah kedua² organ penting ini perlulah dilindungi dengan mengamalkan pemakanan yang tidak mengandungi toksik.
Saya terpanggil untuk bercerita tentang usaha untuk memastikan kebun sayur yang saya usahakan ini adalah bebas dari toksik dan racun yang boleh memudaratkan makhluk alam ini. Sasaran saya adalah 100% kebun tanpa racun. Sememang sejak dari mula penubuhan kebun saya ini memang saya sasarkan dengan sasaran sifar racun. Alhamdulillah saya hanya menggunakan racun kulat (Thiram) dan trip (Malaxion) hanya utk pokok terung , itupun semasa pokok masih kecil. Apabila pokok mula berbunga, saya menggunakan kawalan organik dan biologi sepenuhnya. InsyaAllah untuk musim yang akan datang saya akan menggunakan sepenuhnya kawalan organik. Cemburu juga apabila melihat ada kebun rakan² yang telah berjaya mencapai sasaran sifar kawalan racun perosak!
Biar saya berkongsi tips dan jenis kawalan organik dan biologi yang telah dan sedang saya gunakan untuk kebun saya sekarang ni. InsyaaAllah, buat masa ni masih ditahap terkawal dan kelihatan pokok terung segar² belaka. Ingat! Pokok yang segar dan sihat akan menghasilkan buah yang terbaik..Semuanya kehendak Allah! Okey, perlu diingatkan bahawa kawalan serangga organik adalah bersifat kawalan sementara. Ianya bukan racun, tidak membunuh tetapi menghalau serta mencegah (repellent). Jadi sendiri mau ingatlah kalau dah setakat tahap ni je sifat MALAS perlu dibuang jauh² supaya kita sentiasa ingat untuk mendisplinkan diri menyembur cecair kawalan lebihkurang 3 hari sekali. Ada brannnn!
Kawalan serangga organik keluaran Gemilang Agro Land adalah kawalan serangga pertama yang saya cuba. Saya memang berpuas hati dengan keberkesanannya. Nak tahu, beli ni dapat 2 in 1. Apa dia? Selain berkesan keatas kawalan serangga perosak, produk ini juga menjadi foliar kepada daun tumbuhan. Alhamdulillah. Saya memang selesa menggunakannya. Dari info yang saya dapat, produk ini adalah terdiri 20 jenis tumbuh²an yang diproses untuk menghasilkannya.Banyak tuh! Sukatannya 5ml untuk seliter air. Kalau nak try boleh order dengan saya.
Pembaca budiman, baru² ini saya telah membaca artikel tentang penggunaan sabun mandi, sabun basuh dan cecair pembersihan kuman dan bakteria seperti Dettol yang juga berkesan untuk mengawal pembiakan trip, hama dan kulat tumbuhan. Eh, saya pada mulanya tak percaya sebab proper documentation memang xde, cuma testimonial dari kawan² sekebun aje sebagai rujukan. Saya pun cubalah. Cecair pertama saya yang saya sambar adalah pembasuh pinggan. Capai aje, picit masuk dalam botol spray, kasik masuk air then semburr kat semua anak terung dalam polibag. Nak tahu apa jadi? Punah! Habis satu kebun daunya bertompok² terbakar. Korang nak tahu apa puncanya! Lepas saya dah terduduk balik pokok baru saya nak buat post-mortem. Padam muka saya, nak R&D terus buat kat "Line". mana ada org seberani aku!Ahaks!Tapi dari situ banyak yang saya pelajari. (1). Kenalpasti sifat cecair yang kita ingin cuba. Alkali, asid, mengkakis? (2) Jangan overdosage. Saya memang berani, men picit aje botol tu tanpa sukat dahulu. Anak pokok biasa dosage nya sikitlah..betul? (3) Len kali test dulu kat research punya pokok, tengok ada kesan tak? So saya dah buat test bench terdiri dari pokok² yang bukan dalam line (pemain gantian!Ahaks!) (4) jangan sembur pada waktu tengahari cuaca tengah panas terik..pantang oo pokok. Kalau overdosage, tahulah akibatnya. So far, cuma kawalan serangga organik aje yang selamat digunakan pada bila² masa aje.
Sabun Cap Kapak/Cap Buruh
Jadi cecair kawalan kedua yang saya cuba adalah sabun mandi cap Buruh. Mengikut kawan² seangkatan, bukan sebarangan sabun boleh guna. Ini adalah disebabkan "chemical reaction" yang ditakuti memudaratkan pokok. Jadi cadangan jenis sabun adalah jenama cap buruh ni lah. Pernah guna tak sabun cap buruh? Orang lama tau la.Ini sabun lama kira old skol la. Org sekarang sabun LUX retilah! Jadi berposaklah saya mencari sabun ni seanterio negeri Melaka. Alhamdulillah jumpa! Balik terus masukkan dalam periuk, air sedap² tenggelam aje sabun tu. Masak sabun tu sampai cair.Jenuh nak tunggu cair. Ni lah hasilnya.
Ini bukan air F&N yarr..ini sabun cap kapak tadi yang telah di cairkan. Jangan nak gatai minum lak. Hah tu yang belakang tu boleh makan (rempeyek..Ahaks!) Pencairan 1:5 (1 sabun: 5 air). Mengikut kajian kawan², alkali dalam sabun ni dipercayai secara biologinya dapat melemahkan telur serangga perosak sebab kan serangga perosak ni dahlah kerjanya merosakkan tanaman, siap duk lagi kat daun beranan pinak. Jadi bila dah lemah, dah tak boleh menetas la..kan dah takde zuriat maka berakhirlah "Legacy" serangga tu. Seranggakan jangka hayatnya pendek je. Emm..ada kebenarannya jugak walaupun tidak disahkan secara saintifik. Sukatannya, sikit je guna 1 sudu besar: 10 liter air.
Dettol
Sememangnya telah diketahui cecair ni membunuh kuman , fungus, kulat dan bakteria. Tak perlulah saya terangkan secara panjang lebar apa kebenda cecair ni. Semuanya telah diketahui umum. Cuma keberkesanannya keatas pokok adalah ianya membunuh kulat dan bakteria yang memudaratkan pokok. Dia macam Piung! piung! itu bakteria. Tapi mahai sikit cecair ni..jangan guna banyak².. sukatannya saya biasa guna 3 sudu teh untuk 10 liter air. Kalau gambar dettol yang saya paparkan kat atas tu, 2 penutuplah. Jangan banyak sangat nanti overdosage pulok!
Garlic Oil (Buatan sendiri..hehe)
Untuk makluman pembaca, garlic (bawang putih) ni memang paling sangat berkesan untuk menghalau serangga perosak. Sifat baunya yang keras amat tidak disukai oleh trip dan hamama (nama serangga perosak). Jadi memang sesuailah ianya dijadikan kawalan serangga. Untuk balang sekecil itu saya guna 15 labu bawang putih. Dikisar bersama minyak jagung. Minyak masak berasaskan sawit pun boleh juga cuma saya suka guna minyak jagung kerana ianya lembut dan tidak terlalu pekat.Kenapa guna minyak tak guna air? OO soalan yang bagus dari pembaca osem! Ini kerana untuk memastikan baunya itu "last longer" kat daun walaupun hari hujan.Kan sifat minyak itu melekat dan tidak bercampur dengan air. Cuma jangan letak terlalu banyak takut² minyak tersebut akan menutupi liang sel pernafasan didaun. Nanti len pulak jadinya! Sukatannya adalah 3 sudu teh : 10 liter air.
Biasanya untuk aktiviti menyembur kawalan serangga perosak, biasanya saya lakukan dengan mencampur kesemua bahan² diatas sekali gus, melainkan kawalan serangga organik Gemilang Agro yang saya selalu berselang-seli mencampurkannya. Maksudnya sekiranya semburan 3 kali seminggu, yang ketiga itu dicampurkan kesemuanya.
Broguard
Broguard adalah terdiri dari jenis "Racun Serangga Organik" yang mana ia merupakan kaedah penghapusan makhluk perosak secara organik (dan biologi). Bahan ini saya gunakan apabila pokok telah mengalami masalah perosak. Kalau pokok belum mengalaminya, amat jarang saya gunakan sebagai kawalan kerana harganya yang amat mahal. Walau bagaimanapun, setakat ini ia amat berkesan sekali (Dengan izin Allah).
Cuka Kayu (Wood Vinegar)
Cuka kayu dapat membantu mengawal makhluk perosak secara biologinya. Baunya yang agak keras dan kuat dapat menghalang perosak seperti Aphids dan White Fly dari mendominasi pokok kita. Selain daripada pengawal makhluk perosak, cuka kayu juga memberikan nutrien dan menolong penyerapan nutrien dari akar dan daun. Kadar konsentrasi untuk akar (dituang ke akar) adalah 1:500 dan kadar semburan foliar (selain cili) adalah 1:300 (untuk cili adalah 1:400).
Bio-One Plus
Mengandungi 7 fungsi selain kawalan serangga perosak, juga sebagai foliar untuk tumbesaran, bunga dan buah.
Banyak juga kawalan serangga organik yang disyorkan oleh rakan² sealiran yang telah menggunakan produk² tersebut. Antaranya:
Produk SRI ,Minyak Neem http://romatechagro.blogspot.com/2012/01/senarai-harga-kawalan-serangga-organik.html dan banyak lagi yang boleh dicari dalam internet.
Secara kesimpulannya, dapat saya rumuskan bahawa pengunaan kawalan organik dan biologi berasaskan tumbuhan dan kimia yang tidak memudaratkan adalah perlu kerana racun kimia bukan penyelesaian tetapi "disaster!". Usaha kearah research, search, try in error adalah perlu dilakukan secara berterusan supaya penggunaannya perlu dioptimumkan dengan kos bahan yang murah dan atas kemampuan petani. Selain tanggungjawab petani mengaplikasikan sepenuhnya kawalan organik untuk menjamin hasil yang diperolehi pengguna di akhirnya supaya ianya menjamin kesihatan dan secara tidak lansung adalah usaha petani untuk mencari keberkatan dari Ilahi. Sekuat mana racun kimia yang digunakan, semua atas ketentuan Allah. Nak bagi orang makan mesti dari hati dan bahan² yang bersih lor..ianya bukan sebab keuntungan semata-mata tetapi keredaan Allah itu yang perlu digapai dan sangat bermakna!
Jazakallah -Rizal-
Salam bos kat mana boleh sy dapatkn bioguard,sape2 yg ada menjual blhla msg Sy d nombor 0124831897
ReplyDeleteSalam bos kat mana boleh sy dapatkn bioguard,sape2 yg ada menjual blhla msg Sy d nombor 0124831897
ReplyDeleteSabun Cap Kapak ada dijual di sini : -
ReplyDeletehttps://shopee.com.my/product/54991212/1665039917/
Nk tanya ank kwn saya terminum racun organik serangga bahan dari cuka bahaya dak
ReplyDeleteboleh contact owner blogspot ini di https://www.facebook.com/ibnuOsman.
ReplyDelete