Saturday, 31 August 2013

Kebun Barakah Agro..Kebun ciput² jek! Mengajak Pembaca Berkebun Dirumah!

Assalamualaikum Pembaca Budiman!

Saya nak cerita sikit pasal kebun saya yang ciput² ni. Takle besar mana pun cuma saya manafaatkan kawasan rumah secara optimum dengan tanaman sayur²an dan buah²an. Asalnya hanya kawasan dapur belakang rumah sahaja yang terlibat cam konsep "Edible Garden" tu. Almaklumlah semasa di United Kingdom dulu memang saya suka tengok rancangan Jimmy Oliver dan Rivers Cottage. Syiok tak terhingga kalau dapat "garden concept" cam gitu kat rumah. Keluar je dari belakang dapur, bawak bakul dan kutip sayur yang nak dimasak untuk hari ini.
 
Khailan
    Cili
Tomato
 Kacang Panjang (Versi Renek)

Terung panjang


Jagung Mutiara
Bendi
Tembikai Kuning

Sistem Fertigasi?? Apa ke benda tu? Macam citer starwars aje!

Assalamualaikum pembaca yang budiman!

Maaf kerana baru nak mula rajinkan diri menulis. maklumlah sibuk dengan urusan harian.. Disini saya ingin berkongsi sedikit tentang sistem fertigasi. Ianya melibatkan 80% dari operasi di kebun saya.
 Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer”- baja dan “Irrigation”- titis. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis atau dripping system. Kat sini saya akan tunjukkan sebahagian dari komponen sistem ini.

                                                        Poly pipe berukuran 16mm

Tangki Baja (Bergantung kepada berapa banyak pokok dalam sistem tersebut. Saya guna 200 gallons khas untuk 100 - 200 pokok. Tangki disambung terus ke bekalan air.
Timer. Untuk mengawal berapa kali dan lama dripping diperlukan. Boleh set berapa kali nak drip dalam satu hari. preferable guna digital timer sebab analog timer minimum setting 15 minutes. Lama tu..so guna digital..mahal le sikit :)

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan. Biasanya saya guna sekam padi dicampurkan dengan cocopeat. Kadar nisbah cocopeat: sekam padi adalah 3:1. Tujuan dicampurkan dengan sekam padi adalah untuk menghalang pembentukan asid didalam media dan juga menghalang kadar penyimpanan air yang terlalu banyak yang boleh merosakkan akar pokok . Ada juga kawan saya yang mengguna 100% sekam padi bakar.

 Sekam padi bakar, cocopeat dan kapur (saya campurkan sekali supaya dapat meningkatkan kadar kestabilan media)

                         Campuran yang telah siap dimasukkan dalam polibag 16x18cm.

Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.


 Rumah Teduhan Hujan (RPH) yang saya reka dan bina sendiri menggunakan kayu dan PVC pipe. Murah, kemas dan jimat kalau dibandingkan guna besi. Nak design? hubungi saya..free consultation!

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:
• Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman;
• Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit;
• Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak;
• Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi;
• Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh;
• Kualiti hasil yang lebih baik;
• Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%;
• Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai;
• Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
• Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.


credit to http://duniafertigasi.blogspot.com/